Sunday, July 27, 2008

rakaman ekspo perubatan islam - EPISMA 2008

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah ekspo perubatan islam telah berlangsung dengan jayanyer, antum boleh download sesi ceramah dan forum di link tersebut, FREE distribution Glasses

1)Dr danial zainal abidin - tamadun islam dalam evolusi dunia perubatan : www.mediafire.com/?oguhmlfbtzx

2)Prof Wan Azman Wan Ahmad - head of department medicine, faculty of medicine, UM - prinsip2 asas fiqh perubatan : www.mediafire.com/?qon2zjv1ntz

3)Dr Mohd Mazri - vascular surgent at HKL - islamic medical ethics in 21st century : www.mediafire.com/?unagcydn9bo

4)Forum perdana - islamic medical practise
ahli panel : Prof Wan Azman Wan Ahmad
Ust Hanafi-CEO albab management(pengamal perubatan islam)
moderator : Saudara Sharul Rizan b. Ilias
www.mediafire.com/?dymy9ua2qt0

Friday, May 30, 2008

kembara ta'aruf...` episod 1

assalamualaikum...

ape khabar sume? lame x menulis..busy dgn posting..saje aku nk kongsi pengalaman berta'aruf..bukannye senang rupe2nyer..banyak dugaan yg ditempuh..

15 mei 2008 (khamis)
lepas je discussion aku terus ke kaunter tranasional PPUM..hah ! tiket abis! lepas makan terus pinjam motor pokjat nk beli tiket di pudu..alhamdulillah akhirnyer dpt jugak..itu pun last seat tapi pelik jugak.. di PPUM kate tiket transnational dah abis..yang ade hari sabtu jer..di pudu ade pulak...padahal online system..patutnyer mesti same...hmmm...dunia penuh penipuan....

16 mei 2008 (jumaat)
pagi2 lagi dah ade briefing...tapi memandangkan aku kena gi klinik awal&jauh..so cabut awal...15 minit b4 abis dah start motor...b4 sampai klinik beli nasik lemak...mula2 makcik tu kate harga 1.20...then aku minta tambah telur mata kerbau & tambah nasik sket..so jadilah 1.70...tiba2 mase byr die mintak 2.20! rupe2nyer nasik yg ditambah sebanyak 1 sudu kecil tu dicaj tambahan 50sen! aduh...inilah dunia..teringat artikel ust zaharuddin..inilah yg dikatakan antara kategory riba'...mengenakan caj tanpa pengetahuan pelanggan...sedih bile peniaga Islam wat mcm ni...semoga makcik tu diberi hidayah oleh Allah.

sampai je Pejabat Kesihatan Daerah sy terus jumpe matron..die dh tunggu dgn slide2 yg berlambak...so temuduga sket2..alih2 die tutup pintu blk mesyuarat sebab org kat luar bising! dahlah berdua jer..isk bahaye btol ni...terpakselah aku mengelat nk gi toilet....blh jadi fitnah dok berdua2an ni walaupun dalam bilik meeting and taraf aku dgn dengan die macam anak dan makcik jer..dahlah aku x kawen lagi....nasiblah kul 11 kawan dtg cepat..then aku pun terus memecut motor blk PPUM...

lebih kurang kul 11am tiba2 dpt info yg keta yg nk disewa dah naik harga...drpd rm70 for 3 days to rm70 per day...total rm210! lepas bincang2 dapatlah rm140 jer for 3 hari...fuh itu pun dah kire mahal giler...ayis tak bagi aku sewa tapi aku kesian pulak kat m7..kesian budak ni dah uruskan..so amik jelah walaupun perit membayarnyer...

sampai bilik terus makan nasi lemak yg mahal giler...ape nak buat...lepas tu pokjat hantar ke pudu naik motor...on the way tayar pancit pulak...terpakselah tolak motor ke petrol pam..dahlah 30 minit lagi bus nk jalan...tiket kul 12.30pm...arrghh...dugaan betol...alih2 amik taxi ke pudu..nasiblah apek taxi tu boleh speeding...

alhmdlh 12.30 dapat jugak naik bus to kuantan...sampai sane dekat2 kul 3.30...muhammady7 (M7) yg amik...lepas tu amik taxi ke tanjung lumpur amik keta sewa pokding...okay gak keta wira aeroback gold...

pastu gi makan kat pramu..wahhh...best giler makan...sata memang sodap...makan pulak dengan goreng pisang panas & cendol pulut...harga murah pulak...5 goreng pisang rm1 jer...kalo kat KL ni 3 rm1..itupun dah dibelah dua...best2 makan...tiba2 syazlan pulak kol kate die kat terminal bus kuantan...ceh ingatkan die yg amik aku...tetamu pulak kena amik tuan rumah...hahaha

terus ke kampus indera mahkota uia kuantan...giler besar kampus diorang ni..kalah UM...UM nampak kuno jer..UIA ni sejuk jer mata memandang...lepas asar just lepak2 borak kat bilik sambil menikmati keindahan alam UIA....memang best dok sini...lepas solat maghrib dok ziarah bilik taufiq...then gi jalan2 dgn keta dlm UIA jer...tapi malam x cantek sangat..gelap jer ...lepas isya' dok study buku "di jalan dakwah aku menikah"...pagi esok catat sejarah dalam hidupku..semoga sumenyer berjalan lancar

17 mei 2008 (sabtu)
subuh kena tolak jadi imam...nasiblah aku dah gosok gigi...huhu...pastu serba salah pulak qunut nak bace ke x? sat gi aku x bace org kate wahabi pulak..nasiblah ayis dah pernah ckp di uia ni kuat salafi...kalo zikir kuat2 lepas solat tu memang xderlah...so xderlah aku bace qunut..nasiblah xder org yg komen@tegur...

lepas subuh join tadarus quran..then ta'aruf dengan budak2 sane...hmm mainly budak2 jr & ade 1org master..excited giler bile dengar aku from UM..ceh diorang ingat budak cina je ker yg ramai? majority malay lah...so kongsilah pengalaman sket2 how to deal with chinese...huhu...

then diorang minta pendapat & citer tentang masalah salafi yg keras sgt sampai gaduh antara roomate disebabkan solat gune sejadah...sedih aku bile benda2 kecik macam ni jadi punca perbalahan...jika mengikut pandangan sheikh yusuf qardhawi dlm kitabnyer al-mudkhil lidirasati as-sunnah an-nabawiyah m/s 24-32 sunnah itu adalah ape sahaja yg dilakukan oleh nabi s.a.w. dengan tujuan untuk mendekatkan diri baginda s.aw. kepada allah.

malah beliau menyelar segelintir orang yg mengatakan sejadah, makan dengan garpu & sudu & makan di meja makan itu adalah bida'ah...dan seterusnye org itu akan dihukum wat bidaah=sesat..perlulah diingat bahawa sunnah itu adelah yg yg mendekatkan diri kepada allah sahaja...dlm bab sejadah ni jika ianyer jadi keperluan bukan kehendak contohnyer sampai tak nak solat kalo takde sejadah..maka itu memang bidaahlah...mane boleh mewajibkan solat pakai sejadah...cume ape yg aku nk tegaskan jangan di bidaahkan method harian contohnya naik kereta, pakai baju kelawar kat umah, ikut peraturan jalan raya & etc..islam itu bukannyer sempit & menyukarkan..islam itu mudah! dakwah kena dengan hikmah..bukan pandai menyesatkan orang jer...maaflah kalau ade yang terasa..tapi aku rase benda ni kena tegur agar tiade daie' yang menjauhkan org pada islam...

contohnya lain nak bagi korang faham adalah dalam bab tidor mengiring ke kanan selepas solat tahajud...walaupun ade hadis drpd aisyah r.a. "adalah nabi s.a.w. setelah baginda menunaikan solat 2 rakaat fajar, baginda baring mengiring di atas sisi kanan baginda" riwayat bukhari. adakah sunnah tidor mengiring ke kanan selepas tahajud? tidak...perlu dibezakan di antara sunnah dgn yg bukan sunnah...malah aisyah r.a. menyatakan bahawa, "sesungguhnya nabi s.a.w. bukan berbaring untuk tujuan Sunnah, tetapi baginda melakukannya kerana Baginda letih kerana telah bersungguh-sungguh beribadat pada sebelah malamnya, lalu Baginda berehat seketika." dinyatakan oleh abdul razak dlm isnadnya, kitab tahajjud, bab sesiapa yg berbual-bual selepas solat 2 rakaat dan tidak baring mengiring.

lepas ponat berceloteh dengan budak2 ni aku minta diri...7.30 taufiq dah tunggu nak bawak gi makan di warung Paklah...ceh rupenyer warung biase jer...name jer Paklah...hehehe...borak pulak dengan mamat from india ni...kenalah speaking sket2...hahaha

bersambung di episod ke-2...

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/34/kembara_taaruf..._episod_1

Pelajar perubatan tak perlu ke luar negara

MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan?

Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar.

Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan.


Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.

Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita.

Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan.

Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.

Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus.

Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.

Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti.

Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar.

Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.

MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20080506004018/Article/index_html

rakaman forum al-nidaa' - ape ertinye saye menganut islam dari aspek ibadah

akaman forum al-nidaa' - ape ertinye saye menganut islam dari aspek ibadah oleh Ust Hasrizal

http://rapidshare.com/files/109918717/kuliah_di_al-nidaa__-_ape_ertinye_saye_mengaunut_islam_dari_aspek_ibadah_-_ust_hasrizal.wav

seperti biase jika ade masalah informlah ye...jazakallah :-)

* free distribution

alhamdulillah...

malam 19 april 2008...

alhamdulillah sy dikurniakan suatu anugerah..syukur pada-Mu ya Allah..sungguh hamba-Mu ini kerdil di sisi-Mu..bimbinglah daku dlm keberkatan-Mu..

anugerah adalah suatu amanah..insya-Allah akan kujaga amanah-Mu ya Allah...ameen

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/29/alhamdulillah...

rakaman forum al-nidaa' - melentur buluh dari rebung

assalamualaikum...

maaf jika audio ade gangguan suara penonton sebab ana rakam dari tempat penonton...ade 3 ahli panel dalam forum ni...amat2 bermanfaat untuk muslim semua peringkat umur

Dr Abdullah Yasin - bermula dari rahim ibu : http://rapidshare.com/files/108692514/Dr_Abdullah_Yasin_-_bermula_dari_rahim_ibu.wav

Ust Hasrizal - menanamkan 7 sikap muslim yang berkesan : http://rapidshare.com/files/108699181/Ust_Hasrizal_-_menanamkan_7_sikap_muslim_yg_berkesan.wav

Puan Nur Izwa Nasaruddin - jurang generasi & Q&A bersame ketiga2tiga ahli panel : http://rapidshare.com/files/108707559/Puan_Nur_Izwa_Nasaruddin_-_jurang_generasi___Q_A_bersame_ketiga2_panel.wav

please download before 24 april 2008 because my premium account will be close & all upload files will be delete automatically...jika ade sebarang masalah sila PM ana..semoga bermanfaat untuk semua...sebar2kan

assalamualaikum....

MONOLOG DARI KAMAR TIDUR: BAHAGIAKAH KITA?

oleh Pahrol Mohd Juoi diambil dari http://fitrahperkasa.net


Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.
”Bang, bahagiakah kita?”



”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.
Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.
“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.
Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang... jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami...
”Apa perasaan mu?”
Dia senyum.
”Saya bahagia.”
”Hari ni boleh jadi bahagia... tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya....” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam... saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan... mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan... pelayaranpun diteruskan.
”Bahagiakah kita?”
Soalan itu kembali mengusik rasa.
”Di mana bahagia itu?”
”Di hujung atau di pangkalnya?”
Lalu saya temukan jawapannya...
”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan... tetapi ia ada di sepanjang jalan.”
”Bahagia itu apa?”
Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.
”Ketenangan itu apa?”
”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian... sama sahaja.”
”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”
”Ingat Allah... hati akan menjadi tenang.”
Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama... terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”
”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita... kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”
”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”
”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu... apakah aku telah tenang?”
”Kenapa?”
”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan...”
”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan... semakin diselam, semakin dalam.”

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya... Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:
”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek... entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa... musnahlah kita.”
Lalu dalam suram kamar yang sederhana... saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku... kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak ”Jauh itu dekat” tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:
Kembali kita berjauhan
salam terpisah, senyum tertahan
rindu berbuah, sayang merendang
jauh-jauh begini...
menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu
setiamu selimut dingin hujanku
arca bayang-bayang malam
sinar remang-remang siang
melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah
kian terlarut keruhan rasa
terimbau semula nostalgia lama
jari-jari merahmu...
di malam pertama

Sayang... Jauh itu DEKAT!

Bergantunglah kepada DIA

pengalaman hidup akak amoi ida...bagus sangat sebagai panduan buat kita semua...thanks a lot kak http://amoisy.blogspot.com/


Dulu sewaktu aku mula-mula bergelar zaujah atau seorang isteri, terdetik dihati persepsi masyarakat betapa sepasang suami isteri itu akan saling berganding bahu dan memikul amanah rumahtangga bersama-sama, orang kata susah senang bersama, sehidup semati dan macam-macam istilah menggambarkan betapa pasangan yang sudah dimaterai dengan pernikahan mempunyai bukan saja keterikatan hati yang satu tetapi juga segala-galanya, ibarat kata tidak dapat dipisahkan lagi. Sehinggakan pepatah yang tidak masuk akalpun turut disebut-sebut seperti lautan api ku renangi, dan macam-macam yang biasanya digunakan dalam kehidupan mereka yang bercouple. Maklumlah belum berkahwin lagi semuanya dirasakan indah, dah kahwin nanti baru nampak true color masing-masing.

Aku turut merasa bahang tersebut sewaktu awal-awal bernikah dulu, walaupun kami tidak bercouple tetapi melalui proses taaruf yang insya Allah berjalan mengikut syariatNya. Waktu itu tidak tinggal serumah kerana suami masih belajar lagi. Walaupun aku sudah diberi 'amaran' rumahtangga daie bukan semudah rumahtangga orang-orang biasa tetapi perkara itu mampu ku balas dengan senyuman sahaja kerana tidak merasakannya lagi. Tidak berapa lama kemudian, apabila zauj diposting ke utara tanah air, barulah aku rasai cabaran sebagai isteri daie, yang bukan saja menggalas dakwah terhadap diri dan keluarga tetapi juga masyarakat.

Waktu itu aku sedang berbadan dua anak kedua, baru diperingkat awal dan cabaran itulah paling besar dalam hidup aku. Diatas kejahilan dan kurangnya tarbiyah dalam diri, aku banyak makan hati dan bersedih kerana sering ditinggalkan. Dengan keadaan rumah usang yang diduduki tanpa kecukupan keperluan dan anak sulong yang masih belum setahun umurnya membuatkan aku semakin lemah menghadapi kerenah dunia. Waktu itu aku juga tidak berapa mengenali akhwat. Aku sering mengalami alahan yang teruk sewaktu awal-awal mengandung menyebabkan aku banyak 'melepet', terbaring dan menangis. Waktu itu aku berasa kasihan kat Iemaan kerana terasa dia diabaikan. Aku tidak lalu nak masak bubur nasi untuknya tetapi aku gagahkan juga, sampai sekali masak aku buat stok dan simpan dalam peti ais. Iemaan lak waktu tu baru nak belajar bertatih. Kebiasaannya budak yang nak dapat adik nie akan buat perangai, keadaan tu juga terjadi pada dia.

Tapi aku tersangatlah bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat penyabar melayani kerenah aku yang bermacam ragam nie. Aku rasa waktu itulah aku bersikap paling tidak solehah terhadap suami. Sepatutnya aku lebih bertimbang rasa dan bertolak ansur kerana suami keluar bukan suka-suka tetapi menggalas amanah yang sangat berat! Tahun itu juga aku diuji dengan kemalangan kereta yang dipandu suami. Syukurlah suami ku selamat tetapi waktu itu bukan kata-kata tenteram yang aku berikan padanya tetapi marah-marah. Aku berasa bersalah sangat apabila mengingati peristiwa tersebut. Mungkin kerana aku ikutkan sangat emosi aku yang alah waktu itu.

Seperti biasa apabila makan je mesti muntah balik hinggakan takde apa yang tinggal dalam perut. Aku banyak terbaring dan membiarkan Iemaan bermain-main sendiri. Nak keluar beli makanan, aku tak reti memandu waktu itu. Keretapun digunakan suami, motorpun takde lagi masa tu. Waktu tu baru pindah dan tak berapa kenal jiran tetangga. Nak keluar memang tak larat kerana alahan. Waktu tu teringat kat family di Kl, rindu masakan mak dan macam-macam lagi sehinggakan mak sponsor tiket kapal terbang suh kita balik umah dia. Memang dalam keadaan yang tertekan tu, aku sudah dapat jangkakan anak yang akan lahir juga pasti akan dipengaruhi. Sangkaan ku benar apabila 'Iffah selalu menangis masa aku dalam pantang, sehingga dia berumur setahun lebih pun perangai kuat menangis dia memang melekat. Memang berbeza sungguh perangai dia dan abangnya yang mudah dijaga sewaktu kecil. Semua serba tak kena, siang atau malam menangis je kerja dia, lebih-lebih lagi waktu petang ke malam. Aku tak berpantang seperti orang lain kerana sibuk duk mendodoi anak yang menangis. Masa tu si abangpun tak faham lagi, tak boleh terima adik dia. Kalau tidur malam-malam, asal 'Iffah memulakan tangisannya, abang Iemaanpun nangis sama. Aku tak mampu nak handle dua orang sekaligus. Memang 'meriah sungguh' rumah ku tengah-tengah malam. Nak harapkan abinya? Jangan bermimpi kerana abinya sibuk dengan urusan lain yang lebih penting. Akhirnya aku terpaksa korbankan Iemaan kerana tangisan 'Iffah yang tidak berkesudahan akan mengundang bahana, lebih-lebih lagi dia masih kecil, nanti sakit lain yang datang aku juga yang susah. Apabila aku teringat semula kenangan tersebut, aku berasa seperti aku bermuhasabah diri ku sendiri.

Mengandungkan 'Iffah memang mencabar, dari mula sehingga dia lahir. Tapi aku yakin, semua ini tarbiyah langsung dari Allah yang hendak melihat aku lebih mensyukuri nikmatNya, lebih 'tahan lasak' disamping lebih mengerti tugas ku lebih dari itu, bukan hanya seorang isteri daie, ibu tetapi juga aku ibarat penggerak kelancaran urusan rumahtangga dan anak-anak.

Jika dibandingkan dengan sekarang memang aku banyak belajar dari pengalaman lepas dan aku tidak menyesal merasai semua itu. Sekurang-kurangnya ada hikmah yang aku dapat. Aku semakin sedar, bukan mudah menggalas tugas sebagai seorang ibu. Walaupun sesetengah orang memandang remeh 'kerjaya' seorang surirumah, tetapi tidak pada pandangan aku. Kerana aku bukan saja seorang ibu rumahtangga tetapi akulah yang akan mencorakkan anak-anak ku dan bagaimana rupa bentuk rumahtanga aku. Adakah senget sebelah, seimbang atau bagaimana. Memang aku tahu aku tak bole samakan dengan rumahtangga orang lain. Paling agak sama pun dengan isteri-isteri yang memiliki suami yang selalu outstation.

Semasa aku bergelar ibu ni lah, aku banyak belajar erti hidup. Dari tidak tahu memandu aku sudah membawa kereta merata-rata, malah menyusukan anak sambil membawa kereta (jangan ikut aksi ini) belajar bawak motor dan belajar menguruskan rumah dan anak-anak tanpa memikirkan pergantungan kepada suami. Ya, orang akan berkata, apa guna berkahwin jika tidak menggalas rumahtanga bersama-sama tetapi lihatlah dari skop apa. Bukan bermakna suami lepas tangan tetapi dibandingkan peranannya terhadap masyarakat dan keadaan umat yang kian tenat, itu lebih patut diutamakan. Bukannya tidak balik ke rumah langsung. Kalau dibandingkan orang-orang yang kerja 'besar' tu lagi selalu ditinggalkan, kadang-kadang berbulan-bulan, yang suaminya kerja di pelantar minyak, setahun empat kali je dapat jumpa, jadi kita yang tidak ke tahap itu sepatutnya bersyukur. Mungkin kerana kita tidak didedahkan dengan pengalaman oranglain yang lebih mencabar dari kita...dan kita terlepas pandang bagaimana keadaan Rasulullah saw dan para sahabat. Kalau dibandingkan dengan masyarakat Malaysia memang tak kemana kita tetapi kalau bandingkan masyarakat Arab, ditinggalkan berbulan-bulan adalah perkara biasa. Lihat sajalah kehidupan mujahid yang memperjuangkan Islam, meninggalkan anak dan isteri demi ALlah dan RasulNya.

Wanita juga adalah penggerak dakwah itu sendiri kerana wanitalah yang akan mencorakkan generasinya sama ada menjadi celupan (sibgah) Allah atau sebaliknya. Belum lagi peranan sebagai seorang murabbiah yang perlu memikirkan mutarabbinya. Bayangkan bagaimana mahu meng'handle' kepala-kepala umat yang pelbagai kerenah dan berbeza latar belakang hidup. Bukankah ini satu tugas yang mulia, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Dengan secara tak langsung mendidik aku agar tidak bersikap individualistik.

Yang aku semat di hati ialah pergantungan kepada Allah, itu lebih selamat dan membahagiakan kerana Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Aku kenangkan betapa kesusahan sebagai seorang isteri dan ibu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran besar. Mudahnya wanita ingin memasuki syurga tetapi di neraka penghuni majoritinya ialah wanita juga. Mungkin kerana mereka tidak mahu menggunakan kelebihan yang Allah beri kepada mereka untuk digunakan sebagai penyelamat dari api neraka. Wanita itu, sehingga urusan solatpun Nabi berpesan solat di dalam bilik, di dalam rumah itu lebih baik. Kenapa sampai begitu sekali? Sama-sama kita fikirkan. Betapa wanita inilah penentu kejayaan sesuatu bangsa dan masyarakat. Kalau rosak kaum wanitanya maka lihatlah bentuk masyarakat yang dilahirkan, kita boleh lihat seperti yang ada sekarang.

Semakin usia menginjak waktu, semakin aku membenarkan kata-kata Hassan Al-Banna, tugas yang kita pikul melebihi waktu yang kita ada!

mengapa kita hidup???

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf sekian lame menyepi…busy dengan posting..hehe..hari ni saje nak berkongsi sedikit ilmu & pengalaman saye..bile deal dgn patient, macam2 karenah yang dapat dilihat..macam2 soalan yang ditanye.. ape sakit saye? ade ubat tak? Ubat ni ade ape2 complication? berape lame saye blh hidup lagi? Tapi banyak2 soalan tu..ade 1soalan yang lain daripada lain.. ape erti saye hidup? Soalan yg menyentak sanubari & membuatkan diri ini kembali berfikir tujuan hidup kita? Kenape kita dijadikan? Selalunye kite akan bertanye kenape kita mati? Ape asbab kematian kite kelak? Tapi pernahkah kite tanye diri kite ape sebab kita hidup? Wallahualam…

Mungkin ramai yg menjawab dgn pelbagai reason..aku ingin rumah besar..kereta besar..keluarga besar..semuanye besar kecuali isteri yg tidak besar =) kita diberi peluang menghirup udara yg bukan sedikit jika dicaj & dihitung bayarannye..kite diberi rezeki oleh allah.. malah si cacing kecil dlm batu pun diberi rezeki oleh Allah.. Alhamdulillah semuanye percuma..subhanallah..betapa besarnye kekuasaan Allah..Sesunggguhnye Engkaulah Yang Maha Pemurah..

Tanpa kite sedar kita (terutamanye saye) alpa dengan tujuan hidup kite..kite lupe tujuan kita dijadikan..kita lalai dalam melayari nikmat duniawi..kite busy dalam mencari harta..kadang2 tinggal anak bini..padahal bukankah kebahagiaan rumah tangga & mase lapang bersame keluarga juga adalah rezeki? Suatu nikmat yg allah berikan pada kite?

Sahabat2 yang dirahmati Allah..

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Az-zariyat ; 56

Tak lain tak bukan tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepada-Mu Ya Allah..

Tidak perlu kite sepanjang mase duduk di masjid..ibadat itu bukan hanye di masjid..tapi bawalah Islam ke dalam kehidupan harian kite..nescaya kehidupan kite pun menjadi ibadat..alangkah indahnye jika setiap tindakan & urusan kite sentiase dikira sebagai ibadat..alangkah beruntungnye kita

Tapi bagaimane untuk kite jadi golongan yang beruntung? Mudah saje..praktis diri kite agar niat setiap amalan kebaikan kite untuk Islam..before makan berniatlah kite makan untuk dapat tenaga dalam membantu agama allah..kite pergi kerja berniatlah di hati untuk mencari rezeki untuk memenuhi tuntutan islam terhadap nafkah anak isteri..even kite tidur berniatlah kite beristirehat agar dpt kekuatan untuk tahajud di sepertiga malam..

Berapakah umur kite? setiap hari normally kite tidur 5@6 jam..maknanye ¼ hari we spent our time for sleep..andainye umur saye 24..maka sebenarnye paling kurang 6 tahun saye dah bazir mase utnuk tidur..tapi alangkah untungnye saye jika dalam mase 6 tahun dulu saye sentiase berniat untuk bangun malam..saye tak tau bila ajal maut saye..adakah saye takut mati? Kamue semua takut mati? Secara jujurnye memang saye amat2 takut mati..tapi sebenarnye ape yang perlu kite risaukan adalah bekalan kite di akhirat kelak..mati itu pasti akan datang..mungkin esok? Mungkin selepas saye menulis artikel ini? Wallahualam

Sahabatku…

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". Al-baqarah ; 30

Rasenye semua orang tau tentang ini..persoalannye adalah..khalifah/ketua yang bagaimane kita ini? Adakah sekadar melepaskan batuk di tangga? Kite ini adalah khalifah untuk diri kite sendiri..khalifah untuk keluarga kite..malah untuk masyarakat umumnya..

Tugas khalifah ini adalah suatu amanah..amanah Allah untuk kita membangunkan muka bumi selaras dengan kehendak Allah & berpegang kepada panduan yang diturunkan..tak lain tak bukan berpandukan al-quran & as-sunnah

Setiap daripada kite mempunyai peranan masing2..Islam bukan hanye memerlukan guru..ustaz ustazah.. doctor..engineer..akauntan & profesional2 yg lain..tapi Islam juga memerlukan designer Islam..tukang masak..tukang cuci..tukang kutip sampah malah tukang senjata! analogi mudahnye begini..untuk menjayakan operation, kite memerlukan doctor..nurse..medical assistant..juru X-ray..malah tukang mop lantai! Mane mungkin operation boleh berjaya jika doctor je yg bekerja?!

Justeru tidak kire di bidang ape pun kite..kite semua tetap same..Islam memerlukan kita untuk mentadbir alam ini..Islam memerlukan khalifah2 yang berpegang pada panji2 Allah & Rasul-Nya..marilah kita same2 berfikir bagaimane kerja & kehidupan kita agar dapat selari dengan tuntutan Islam..malah lebih molek jika kite mampu berdakwah semase bekerja..orang kate sambil menyelam sambil minum air =)

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. Al-Imran ; 104

Saye ingin berkongsi kisah yang mungkin boleh dijadikan contoh dakwah sewaktu bekerja..bile patient datang..biasenye Dr akan prescribe ubat ikut waktu..makan 2@3x sehari..tapi kite boleh je pesan pada patient agar makan ubat lepas solat subuh tapi sarap dulu @ before tidoq tapi lepas supper..terangkan pada patient yang ubat bukan penyembuh..tapi Allah yg pemberi syifa’@penawar..so secara x langsung patient akan solat dulu..bukankah mudah cara nak dapat pahala? Yg penting kite tau caranye & kreatif dalam berdakwah =)

Itulah sedikit sebanyak coretan di petang sabtu ni..saye mohon maaf jika ade pihak yang terasa hati..semoga mendapat manfaat untuk diri sendiri & sahabat2..wallahualam.

p/s: selamat menjalani hidup baru buat ibu di Pulau Batam, semoga lindungan & rahmat Allah sentiase mengiringimu..ameen =)

“Hidup bukannye suatu kebetulan, mati juga bukannye suatu kebetulan”

Assalamualaikum w.b.t.

-al-fakir Ila Rabbihi-

Dr Abdullah Ameen

6 April 2008

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/22/mengapa_kita_hidup

CALON SOLEHAH

Cerpen ini diolah oleh mukmin1912 from Halaqah.net berdasarkan salah satu daripada artikel dalam Majalah ANIS

CALON SOLEHAH.

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/21/CALON_SOLEHAH._

inspirasi from ayat-ayat cinta...baitul muslim?

assalamualaikum...

dah lame ana bace novel ni...tiba2 dpt inspirasi untuk berkongsi dgn sahabat2..alang2 tak on call ni tulihlah sket..novel ni sesuai untuk bacaan org2 umum khususnya untuk pemuda-pemudi yang tentunya tidak dapat lari drpd perasaan utk menyayangi & disayangi...teingat kate2 ibu:"as long as ade hormon androgen..testosteron..estrogen & progesteron dlm our body pastilah ade rase CINTA dlm diri remaja"..inilah lumrah hidup manusia..syukur alhamdulillah...

sahabat2ku...

bercinta selepas kawin sebenarnye lebih manis b4 kawin..percayelah..b4 kawin ni mcm lakonan je..mane mungkin kita membongkar peribadi buruk kita b4 kawin..betol tak? itu yg jadi gaduh sokmo bile dah kawin..maaf nak sebut kat sini...kalau mase time awal2 kawin lembut je suara.."abaaangg (nada romantis)"..bile dah anak 1..."abang"..bile anak dah berderet...ABANG! uish...kalah singa..nauzubillah dpt zaujah mcm ni...justeru semua pasangan harus bertoleransi..petua pasangan bahagia : tidur bersame, solat jemaah bersame, makan bersame&jalan bersame..kalau dulu b4 kawin amboi syoknye pegang tangan awek..dah kawin berjalan mcm nak tinggal zaujah..kesianlah kat zaujah..dielah yg jage mkn minum..basuh baju seluar...asuh anak2...jgn tidoq bersame je pandai! perempuan ni suka dipuji..kalau pun lauk yg dimasak tu masin..janganlah terus marah2...puji2 dulu bagi die kembang hidung then barulah tegur..ayat ajaibnye : "sedapnye zaujah abg ni masak..tak pernah rase lauk sedap mcm ni.." bile zaujah dah kembang hidung tu barulah tegur sket "cume masin sket je.." sejuk je hati zaujah..at least die up dulu then baru down ke normal level..kalau terus marah@tengking alamatnye down & down perasaan zaujah kite..

so bile nak cari pasangan ni? carilah pasangan kalian bile dah bersedia untuk berumah tangga..bukan utk saje2 couple sebagai tempat melampiaskan nafsu..tp b4 nk kawin tu kena check diri..antaranye perlu ade 2 perkara..kemampuan & keperluan..kalau x mampu mcm mane nk bg mkn anak isteri? kalau setakat mampu batin je xcukup..zahir pun penting jugak..takkan nk bagi anak isteri mkn pasir? susu baby pun zaujah yg belikan? kalau tak mampu tu berpuasalah kalian..bagi pihak perempuan pulak kurangkanlah sket hantaran kawin..mentang2lah harga minyak&tol naik..di malaysia ni pelik sket..mas kawin murah tapi hantaran yg mahal..kadang2 sampai 10000 - 15000..aduh poning kepalo den. bukankah rasulullah pernah bersabda : Wanita yang paling besar berkahnya ialah wanita yang paling mudah (murah) maharnya." (Diriwayatkan Ahmad, Al Hakim, dan Al Baihaqi dengan sanad shahih). Dan dari perkawinan putri-putri Rasulullah maharnya berkisar 400 sampai dengan 500 dirham (dishahihkan At Tirmidzi).

Dari Sahl bin Sa’id Radiyallahu anhu berkata, ”Ketika kami berada di tengah-tengah para sahabat di dekat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. tiba-tiba ada seorang perempuan berdiri, lalu menyatakan ’Ya Rasulullah, sesungguhnya ia (seorang perempuan) menghibahkan diri kepadamu, maka bagaimana pendapatmu tentangnya.’
Kemudian bangun (lagi) kedua kalinya, lalu mengatakan, ’Ya Rasulullah, sesungguhnya ia benar-benar menghibahkan diri kepadamu maka lihatlah bagaimana pendapatmu.’
Kemudian bangunlah ia untuk ketiga kalinya, lantar berujar. ’Ya Rasulullah, sesungguhnya ia telah menghibahkan diri kepadamu maka perhatikanlah ia bagaimana pendapatmu.’
Maka bangunlah seorang sabahat, lalu mengatakan, ”Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya.
Kemudian beliau bertanya, "Apakah engkau mempunyai barang sebagai mahar?"
Jawabnya, ’Belum.’
Maka, sabda beliau, "Pergilah mencari walaupun sekedar cincin yang terbuat dari besi,"
Maka dia pergi mencarinya. Kemudian datang lalu berkata (kepada beliau), ’Aku tidak mendapatkan apa-apa, walaupun sekedar cincin dari besi,’
Sabda beliau selanjutnya, "Apakah engkau punya hafalan Al-Qur’an?"
Dia menjawab, ’Saya hafal surah ini dan surah ini,’
Sabda Beliau (lagi), "Pergilah, sungguh saya telah nikahkan kamu dengannya mahar hafalan Qur’anmu.”
(Muttafaqun Shahih: Fathul Bari, IX:205 no:5149 dan ini lafadz bagi Imam Bukhari, Muslim II:1040 no:1425, ’Aunul Ma’bud VI:143 no:2097, Tirmidzi II:290 no:1121, Ibnu Majah I:608 no: 1889 secara ringkas dan Nasa’i VI:123).

"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia." an-nur ; 26.

jika inginkan isteri yg solehah maka kita sendiri kena SOLEH! jangankan diimpikan zaujah sehebat fatimah & secantik aisyah...jangan diimpikan zaujah yang akan menggerakkanmu tahajud di malam hari jika dirimu tidak seperti abid...masih belum terlambat untuk kita merubah diri kita...seorang sahabat luqman al-hakim pernah bertanye padanya.."bagaimana engkau mendidik anak2mu?"...kata luqman al-hakim..."aku didik mereka sebelum mereka lahir lagi"...justeru marilah kita mendidik diri kita agar anak2 yang lahir kelak soleh&solehah..marilah mendidik hati2 kita agar DEKAT DENGAN ALLAH...amat mudah untuk kita memohon doa pada Allah...tapi berape ramai diantara kita yang menangis dalam doanya? berape ramai yang menangis waktu sujud pada-Mu Ya-Allah? berape ramai yang terasa dirinye sentiasa diperhatikan Allah? berapa ramai yang terasa dirinya sentiase dalam bantuan Allah? tidak ramai sebenarnye (termasuklah diri ini)...

itulah sedikit sebanyak yg terlintas..insya-Allah lain kali sambung lagi..ini pendapat personal je..ana minta maaf banyak2 jika ade pihak yang terasa hati. semoga Allah merahmati rumah tangga kalian.

p/s : penulis tak kawin lagi & tiada ilmu praktikal rumah tangga...

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/20/inspirasi_from_ayat-ayat_cinta...baitul_muslim

surah al-insyirah...

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?

4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

************************************************************************

assalamualaikum..

minggu lepas kami bincang surah ni dlm halaqat..saje ana pilih surah ni especially untuk sahabat2 yg tengah@akan mengambil exam..semoga mereka diberi kemudahan&kejayaan oleh Allah..ameen

surah insyirah ni berkaitan dgn dugaan yg allah bg dgn level ujian yg berlainan kepada setiap manusia.di sebalik kesusahan ada kesenangan, disebalik kesempitan ada kelapangan. pada setiap ujian allah berikan nikmat yg berlipat ganda sbb tu manusia yg beriman takkan berkeluh kesah atau tak berputus asa dgn ujian allah berikan kerana dia percaya allah akan gantikan kesusahan tu kpd kesenangan..allah akan uji seseorang melebihi apa yg mampu seseorang tu tanggungi..

dalam bidang perubatan boleh kate setiap hari ana tengok ujian2 yg allah bagi untuk saudara2 semuslim..ade yg mampu hadapinye..malah ade yg tewas..nauzubillahiminzalik..ana pernah cerita kisah suami yg "berputus harapan" apabila isterinye diagnose advanced stage of cancer. semalam ade specialies A&E cerita 1 case yg amat2 menarik..ade 1 org ni die nak bunuh diri..then die gi wat blood donation..derma darah banyak2 then gi kedai beli ular..die beli 4 ekor ular&suruh pekedai tu extract racun2 ular tu..then ape yg die wat? die amik picagari(ntah mane dpt) then cucuk kat kat tempat amik blood..konon2nye nak bunuh dirilah..bile dah 4 jam die x mati2 jugak..akhirnye gi PPUM..bile Dr tanye awat datang cini?die cakap lambat sgt die mati&tak tahan sgt sakit bisa ular..hehe..ade jugak org mcm ni ye..nk bunuh diri pun pikir cara yg complicated..tapi bile pikir the other way..begitu mudah org nk bunuh diri? begitu mudah org berputus asa? pernah x kita fikir yg ALLAH SAYANG..SAYANG SANGAT PADA KITA..JIKA ALLAH TAK SAYANG PADA KITA, ALLAH TAK AKAN UJI KITA!!!

beberape hari lepas ana dihadapi ujian yg amat2 berat..mase tu rase sedih sgt..rase diri ini jauh drpd allah..byk org yg ana jumpe&pelbagai cara dibuat tp x setel2 jugak masalah..alhamdulillah ade sahabat halaqat ana-fahmi bagi tafsiran surah ni..thanks a lot sahabat..memang benar kata2-Mu ya-Allah..setiap kesukaran disertai kemudahan..alhamdulillah setelah bermunajat kpd allah..allah beri jalan&kelapangan..malah allah bagi lebih baik drpd dulu..syukur pada-Mu ya-allah..peliharalah hambamu ini Ya-Allah..peliharalah hamba-Mu ini dalam lembayung barakah-Mu...

sahabat2 yg dirahmati allah..dalam kita meniti hidup ini kadang2 kita lupe yg allah sentiasa memerhatikan kita..kadang2 kita lupe Allah Maha Mengetahui setiap tindakan&kelakuan kite..cube kite tanye diri sendiri..bilekah masenye kita ingat pada allah? pada ana secara jujur sewaktu susah...inilah sikap manusia yg alpa(especially ana)..ternyata allah bagi kesusahan untuk menyedarkan kite..untuk mengembalikan rase tawadu' kite pd allah..terima kasih ya-Allah..kesimpulannye jika kita ade sebarang masalah maka jgn segan silu..mengadulah pada Allah..Allah suka pada hamba2-Nya yg meminta..muhasabah diri kite jika ade melakukan dosa2 besar@kecil..kadang2 kita x sedar kealpaan kite..kite kerap memberi nasihat pd org lain walhal diri sendiri kealpaan..prof wahbah az zuhaily dlm at tafsir al munir berkata: selaku penasihat maka mengamalkan nasihat itu pd dirinya terlebih dahulu adalah lebih utama dan lebih wajib lg hukumnya..wallahualam

dalam surah ni jugak ditekankan apabila telah selesai sesuatu urusan..maka bergegaslah kamu mengusahakan urusan2 yg lain..jgn leka..jgn alpa! mase itu emas..manfaatkan setiap detik mase untuk perkara2 bermanfaat..PASTIKAN SETIAP MASE+USAHA KITA BERMANFAAT UNTUK ISLAM! bangunlah sahabat dari tidur kealpaanmu..umat islam menantimu..umat islam memerlukan setiap titik peluhmu!!!

akhir kate..ana doakan sahabat2 ana yg tengah berjuang untuk profesional exam @ final exam semoga kalian dirahmat allah..semoga pertolongan allah sentiasa bersamemu sahabat..sesungguhnye ini hanyelah ujian yg kecil untukmu..semoga kejayaanmu kelak bermanfaat untuk ISLAM. thanks to zarith atas sumber rujukan. mari kite hayati lagu ni...


Kehidupan
Album :
Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)
http://liriknasyid.com


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/19/surah_al-insyirah...

all my shared links in mediafire...

assalamualaikum.

islamic lestures :

http://www.mediafire.com/?sharekey=a07ad4996a9e417191b20cc0d07ba4d2b8a3d26e858df0c2

islamic e-books :

http://www.mediafire.com/?sharekey=a07ad4996a9e41714012e8015643d9c80a14bb3fc3397263

U can distribute those link on any website..i hope this will accept by Allah as part of my da'wah..

sejauh mane cinta kita pada allah?

assalamualaikum...

errm hari ni hari 1st on call gynae..8am-8am..dari pagi dengan case presentation petang clinic, lepas asar sampai malam standby kat ward..penatnye ya-Allah..mcm nak tercabut kaki hamba-Mu ini..teringat kate2 timbalan dekan.."this is the day when ur dreams come true & ur nightmare begins"..ermm betol jugak ckp die.

tadi aku dapat case advanced stage ovarian carcinoma (ovary cancer)..ape yg aku nk cite ni bukan membuka aib org lain..tapi sebagai pengajaran buat sape2 yg bace kisah ni..patient tu memang dah nazaklah..dengan pleural effusion, ascites & hypovolemic shock..BP pun dah drop..husband die dok paksa2 aku wat "something" utk selamatkan bini die..sampai nurse kena panggil specialist di A&E nak explain keadaan bini die..yang sedihnye bile aku suruh sabar & minta doa banyak2 pd allah die blh kutuk allah! die kate allah nak siksa dielah..allah x adil..dok bagi die susah padahal org lain sihat walafiat & macam2 lagilah yg tak sanggup aku nak tulih..ya-Allah ampunkanlah dosanye ya-Allah..aku menangis bile dengar seorang hamba-Mu putus harapan..bukan hanye putus harapan tapi mempersoalkan ketentuan-Mu..aku x tau nak wat ape tadi..aku mampu peluk pakcik tu sambil pujuk die..

lepas kejadian tadi aku asyik pikir je..sejauh manakah rase kasih sayang & cinta hakiki kita pada Allah? adakah dengan allah tarik nikmat sedikit pun kita dah tewas? nauzubillahiminzalik..ya-Allah..berilah kekuatan kepada kami untuk melalui ujian2-Mu ya-Allah..janganlah Engkau jadikan kecintaan kami pada dunia & makhluk-Mu melebihi cinta kami pada-Mu ya-Allah..peliharalah iman kami agar ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..insya-Allah.

http://drabdullah.multiply.com/journal/item/15/sejauh_mane_cinta_kita_pada_allah